Gastrik dan Rawatan Homeopathy

SISTEM GASTROUSUS

Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman bahagian bawah terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum dan ileum.

Dalam keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot).

Di hujung bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang membenarkan dan mengawal makanan masuk ke dalam perut serta menghalang kandungan dalam perut untuk masuk semula ke dalam esofagus. Proses di mana makanan dalam perut masuk semula ke dalam esofogus dikenali sebagai refluks.

Perut terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang berfungsi untuk mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal. Di perut terdapat sfinkter yang mengawal pengosongan perut. Perut yang mengeluarkan beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin dan asid hidroklorik yang menjadikan jus dan cecair gastrik yang diperlukan untuk mencerna makanan.

Rembesan cecair gastrik berlaku dalam beberapa keadaan atau fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut dapat dihasilkan biarpun ketika seseorang sedang berpuasa. Dalam fasa gastrik, kehadiran makanan dalam perut akan merangsang rembesan perut. Satu lagi fasa ialah intestinal. Dalam fasa ini, rembesan boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa jenis bahan kimia.


MERANGSANG DAN MERENCAT REMBESAN PERUT

Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.

Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut.

Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.

Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil). Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).

Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.



JENIS GANGGUAN SISTEM GASTROUSUS
Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:


1. MASALAH AKUT PADA BAHAGIAN ATAS SISTEM GASTROUSUSREFLUKS GASTROESOFAGUS
Aliran kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus. Kesannya bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan enzim.

GASTRITISInflamasi pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang menyebakan keradangan ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau tekanan emosi.

ESOFAGITISInflamasi pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan di dalam duodenum. Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim atau alkali.

DISPEPSIAKetidakselesaan bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas makan. Masalah ini dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan penghadaman.

ULSER AKIBAT UBAT DAN BAHAN KIMIAHakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-bahan seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan keadaan ini.

ULSER AKIBAT TEKANAN 
Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama), duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.



2. MASALAH KRONIK PADA BAHAGIAN ATAS SISTEM GASTROUSUS

GASTRITIS KRONIK

Berlaku kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses penghadaman. Terdapat kaitan yang rapat antara masalah ini dengan tabiat merokok.

PENYAKIT ULSER PEPTIK

Secara umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser peptik. Ini merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh mendapat serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa ulser peptik disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini kerap hadir bila berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.

Selain itu, ia ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin. Bahagian yang paling kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum dalam perut. Masalah ulser peptik membawa implikasi kesihatan dan ekonomi yang serius. Kos rawatan agak mahal kerana ia melibatkan kemasukan ke haspital, kos profesional kesihatan dan kos ubat-ubatan serta kos daripada sudut kehilangan produktiviti akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama.

ULSER GASTRIK

Merujuk kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid yang rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer dikategorikan oleh rembesan asid yang sedikit, manakala ulser gastrik sekunder akibat ulser duodenal dikategorikan oleh rembesan asid yang tinggi. Pesakit sering merungut kesakitan dan pendarahan berlaku pada bahagian gastrousus. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

Kesakitan dirasakan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan dan kekal selama 60hingga 90 minit. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan mengembangkan bahagian perut serta merangsang rembesan asid. Pesakit akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini akan membuatkan pesakit tidak mahu makan dan mengakibatkan kehilangan berat badan.

ULSER DUODENAL

Ia disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak. Pesakit berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh berterusan sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila perut kosong. Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera makan yang baik dan peningkatan berat badan berlaku akibat pengambilan makanan yang kerap untuk mengurangkan atau mencegah rasa sakit.

Antara faktor yang menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok, kafein, alkohol, tekanan, asid, pepsin dan kuman bakteria Helicobactor pylori.


PUNCA GASTRIK

• Merokok
• Meminum minuman beralkohol
• Jangkitan bakteria helicobacter pylori
• Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, j ngkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
• Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
• Gaya hidup yang tertekan (stress)
• Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).


TANDA GASTRIK• Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal.

• Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

• Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).

• Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.

• Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.

• Demam yang dikenali sebagai demam gastrik apabila selalu lewat makan pagi, tengahari atau malam.

• Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.

• Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

• Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

SARANAN BAGI PESAKIT GASTRIK

1. Pastikan waktu makan anda adalah mengikut disiplin waktu yang ditetapkan setiap hari seperti makan tengahari pada pukul 1.00 tengahari dan elakkan makan lewat malam.
2. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi, jeruk basah dan juga mee segera.
3. Elakkan meminum nescafe, kopi pekat, teh pekat, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau dan sebagainya.
4. Jikalau peringkat gastrik sudah ke tahap kronik, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dan lain-lain.
5. Elakkan makan terlalu kenyang .
6. Elakkan cuka dan makanan yang pedas.
7. Elakkan atau kurangkan makan daging dan ayam.
8. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak, rebung dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
9. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dan sebagainya kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
10. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
11. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap hari.

Natijahnya, Perubatan Homeopathy sangat sesuai dengan penyakit seperti gastrik, sistem penghadaman tak lawas, sistem usus, ependik, ulser dan saraf bahagian perut.

Rawatan Homeopathy Dr(h)Nadzirah boleh merawat Gastrik atau hyperacidity.          

Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur dan menghazam bahan makanan.

Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut. Apabila permukaan perut terhakis, asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser.

Bagaimanapun, pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu.

Ubat-ubatan berasaskan dadah, steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.

Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.
     Sistem pencernaan adalah teras kesejahteraan kita.  Setiap bahagian tubuh dipengaruhi oleh apa yang kita makan dan bagaimana sistem pencernaan menyerap nutrien dari makanan kita.  Beribu-ribu dan beribu-ribu pesakit hyperacidity mengambil ubat penyekat asid atau antacid secara teratur yang menindas gejala tetapi tidak melakukan apa-apa untuk merawat penyebab penyakit.  Kebanyakkan ini menjadi kebiasaan sepanjang hayat dengan kos yang tinggi, bukan sahaja dalam segi kewangan, tetapi juga melalui senarai panjang kesan sampingan dan secara beransur-ansur merosot kesihatan secara keseluruhan.

 Dalam hal ini, sasaran rawatan homeopati yang tepat untuk merawat penyebab hyperacidity dan juga meningkatkan gejala keasaman dengan sangat berkesan dan cepat daripada terapi lain.  Ubat-ubatan homeopati yang ditunjukkan boleh membantu bukan sahaja untuk meningkatkan gejala hyperacidity tetapi juga untuk menyembuhkan penyakit sepenuhnya jika mengelakkan faktor pencetus hyperacidity dengan rawatan homeopati.  Homeopati merawatnya secara keseluruhan.  Ia bermakna rawatan homeopati memberi tumpuan kepada pesakit sebagai seseorang, serta keadaan patologinya.  Ubat-ubatan homeopati dipilih selepas pemeriksaan individu dan pemeriksaan kes, yang merangkumi sejarah perubatan pesakit, fizikal dan mental perlembagaan. Kecenderungan miasmatik (kecenderungan / kerentanan) juga sering diambil kira untuk rawatan mana-mana kronik  keadaan.  Jadi dalam kes keasidan yang teruk, rawatan homeopati bukan sahaja meningkatkan gejala keasidan tetapi juga membantu dalam pencernaan, penyerapan, usus normal dan peningkatan kesihatan keseluruhan.  Pesakit yang mempunyai kecenderungan pembentukan gas yang berlebihan dan menggelembung bunyi usus boleh sembuh dengan rawatan homeopati yang betul.  Pesakit yang menderita pergerakan usus dan sembelit tidak teratur akibat gerakan peristaltik yang tidak teratur boleh disembuhkan sepenuhnya dengan rawatan homeopati yang betul yang membantu menyelesaikan gerakan peristaltik yang normal.  Gejala pembakaran dada, belching, rasa masam di dalam mulut adalah gejala kelembapan yang ditunjukkan di luar.  Dengan rawatan homeopati yang betul, gejala-gejala ini boleh sembuh.
 Tekanan mental, bimbang, kebimbangan, kemurungan adalah tekanan psikologikal terhadap kebimbangan.  Rawatan homeopati didasarkan pada jumlah gejala orang bukan sahaja dari bahagian yang berkaitan dengan penyakit tetapi dari aspek lain seperti aspek mental, fizikal dan spiritual sekali gus membantu merawat penyebab penyakit sama ada berasal dari sumber psikologi atau sumber fizikal atau mendalam  sumber emosi.  Oleh itu, membantu menyembuhkan penyakit pada peringkat akar mendalamnya.  Hyperacidity yang disebabkan oleh sebarang stressor psikologi dapat disembuhkan dengan rawatan homeopati yang tepat kerana ia merawat penyebab masalah masalah kesihatan.

Jika anda menghidap gastrik, kami di Pusat Perubatan Homeopathy Mokhtar, Dr(h) Nadzirah mampu membantu anda mengatasi gastrik yang anda hadapi dengan mengambil kira simptom simptom pesakit serta mental simptom untuk mencari remedy homeopati yang serasi dengan simptom pesakit itu dan dengan mengamalkan rawatan holistik formula Dr(h) Nadzirah insha Allah masalah gastrik itu dapat diatasi.. Sila buat temujanji dengan doktor Nazirah whatsaap 0165531496 . Pusat rawatan kami di Ppr batu muda Block A.. kedai no A009.. sila buat temu janji terlebih dahulu..

 Pakej rawatan bernilai Rm 150 Dr (h) Nazirah adalah untuk 4 minggu iaitu sebulan kami . Dalam masa sebulan sekiranya anda telah memgambil pakej rawatan sebulan kami jika anda mempunyai sebarang masalah atau simptom baru boleh dtg untuk berjumpa doktor atau boleh bertukar ubat atau menambah ubat tanpa sebarang caj sekirany masih dlm tempoh pakej.  Insha Allah anda akan dapat lihat banyak perubahan yang positif semasa mengambil rawatan.

 Tempoh rawatan Homeopathy Dr(h) Nadzirah: Tempoh masa minimum untuk mendapatkan apa-apa hasil yang luar biasa boleh berubah dari 1 minggu hingga 3 minggu.  Tetapi jumlah tempoh rawatan bergantung dari orang ke orang mengikut sifat kronik penyakit mereka .

Insha Allah sebarang pertanyaan atau temujanji sila hubungi Dr(h) Nazirah 0165531496..




0 comments:

Post a Comment

Contact

Terdapat beberapa cawangan di Kampar Perak, Kuala Lumpur dan Selayang. Untuk dapatkan maklumat segera, sila hubungi terus melalui:

Alamat:

A-00-09 Kedai PPR Batu Muda Batu 5 Off Jalan Ipoh 52200 Kuala Lumpur

Gps/Waze:

PPR Batu muda Jalan Ipoh

Waktu Bekerja:

Isnin - Jumaat | 9am - 6pm

Nombor Telefon:

016-5531 496

Email:

ziraprinting@gmail.com