Tips terbaik kawal nafsu Makan

Jika makan menjadi halangan kepada program diet anda untuk kurus, kita memang perlu makan. Jika kita tidak makan, badan pun susah untuk kurus. Ini kami kongsikan cara anda untuk kawal nafsu makan yang meluap-luap itu.

1. Minum 2 gelas air masak/air putih sebelum kita makan.


Setelah minum, pastikan ada jarak masa sedikit sebelum anda mula makan.  Minum air tadi boleh menyebabkan anda sedikit kenyang dan anda pun akan makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Sebanyak 60 kalori anda boleh kurangkan setiap kali makan.

2. Penggunaan cuka dan kayu manis
Pengambilan cuka dan kayu manis dalam snek anda boleh mengawal gula dan rasa kenyang. Anda berasa lapar dan teringin untuk makan, apabila kadar gula darah yang turun naik.

3. Ikan, ikan, ikan
Makanlah ikan, ini kerana penelitian dari penerbitan European Journal of Clinical Nutrition menyatakan memakan ikan akan membuat anda berasa kenyang berbanding dengan makan daging merah.

4. Menyungah kacang
Snek kekacang adalah sumber protein, serat dan lemak yang boleh mengaktifkan isyarat kenyang. Kunyahlah kacang dalam 5 ke 7 biji sebelum makan.

5. Sayuran hijau dan oren.
Antara sayuran yang baik adalah bayam, brokoli, lobak merah, tomato dan lain-lain. Sayuran ini mengandungi 90% air dan kaya dengan serat.

6. Karbohidrat Kompleks
Ini macam kompleks sahaja. Kentang, oatmeal dan beras merah adalah contoh karbohidrat kompleks. Pengambilan karbo jenis ini boleh membuatkan anda kenyang berjam-jam lamanya. Anda boleh gantikan nasi putuih dengan pasta atau kentang rebus.

Baiklah semua, boleh mencuba perkara-perkara di atas untuk strategi diet obesiti anda.

Whatsaap Dr (H) Nadzirah 0165531496
 #ppr batu muda# untuk sebarang pertanyaan

0 comments:

Post a Comment

Contact

Terdapat beberapa cawangan di Kampar Perak, Kuala Lumpur dan Selayang. Untuk dapatkan maklumat segera, sila hubungi terus melalui:

Alamat:

A-00-09 Kedai PPR Batu Muda Batu 5 Off Jalan Ipoh 52200 Kuala Lumpur

Gps/Waze:

PPR Batu muda Jalan Ipoh

Waktu Bekerja:

Isnin - Jumaat | 9am - 6pm

Nombor Telefon:

016-5531 496

Email:

ziraprinting@gmail.com