Obesity dan Homeopathy

Mampukah Homeopathy menyediakan rawatan untuk mengatasi masalah obesiti atau kegemukan? Jawapannya, mampu.

Ubat-ubat Homeopathy untuk merawat kegemukan terdiri dari pelbagai formulasi dan potensi remedi. Ianya mengikut kesesuaian pesakit. Ubat yang diberikan kepada pesakit-pesakit mungkin tidak sama kandungan dan potensinya. Walaupun target utama rawatan adalah untuk masalah kegemukan. Contohnya, pesakit A mengalami masalah obesiti, beliau memiliki beberapa jenis penyakit lain Personaliti pesakit adalah seorang pendiam, sukakan perkara berkaitan seni kreatif, maka ubat obesiti diberikan mengikut faktor-faktor tersebut. Berbeza formulasi ubat untuk pesakit B yang juga mengalami masalah obesiti kerana beliau merupakan seorang yang bebas dari sebarang penyakit kronik, berpersonaliti periang tetapi agak kelam kabut.  Untuk rawatan yang lebih intensif, adalah lebih baik pesakit datang ke pusat rawatan Homeopathy bertauliah berdekatan dengan pesakit bagi mendapatkan maklumat ubat yang sesuai dengan permasalahan gemuk mereka.

Masalah ter"lebih" timbangan ini menjadi perkara serius apabila hampir 2/3 populasi penduduk di United States mengalami masalah berat badan, mengikut yang dilaporkan National Institutes of Health, NIH. NIH menasihatkan untuk mengamalkan diet rendah kalori, lakukan banyak senaman, dan amalan hidup sihat. Ada juga di antara masyarakat beralih ke arah sistem rawatan Homeopathy yang lebih mementingkan asas kepada merawat simptom utama yang menyebabkan kegemukan. 

Diantara remedi Homeopathy yang biasa dijadikan ubat untuk merawat masalah obesiti adalah seperti berikut:

1.Calcarea Carbonate

Remedi ini terhasil dari cengkerang tiram. Menurut Beneforce, mother tincture (pati ubat asli) di dapati dengan mengasingkan lapisan paling dalam cengkerang yang dipanggil mother-of-pearl/nacre dengan lapisan -lapisan cengkerang untuk dikisar atau dihancurkan bersama laktos. Proses ini dipanggil trituration di dalam Homeopathy.  Kemudian, mother tincture ini akan di larutkan melalui beberapa siri penggoncangan (succussion) sehingga kepada potensi remedi yang sesuai. Di dalam hpathy.com menyenaraikan remedi ini berpotensi di dalam mengurangkan lemak dalam badan.  

Hpathy.com menyatakan bahawa mereka yang memiliki warna kulit agak cerah (fair-complexion) dan senang menghidap selsema , sesuai dengan remedi ini. Manakala di Beneforce menjelaskan bahawa pesakit yang mempunyai personaliti pemalu, lemah, tidak berdaya, letih, lembab boleh memanfaatkan remedi ini.

2. Graphites

Grafit (Graphite - english term) adalah dari sumber karbon. Herbs 2000 menyarankan ianya amat sesuai untuk ketidakstabilan metabolisme badan seperti masalah berat badan ini akibat penyerapan nutrien kedalam badan yang tidak efektif. Grafit sesuai diberikan kepada pesakit yang berpersonaliti pendiam, lembut dan menyenangkan. 


3. Pulsatilla Nigricans


Remedi yang seterusnya ini diperolehi dari rumput anemone (sejenis tumbuhan dengan bunga putih, merah dan ungu). Ianya sangat sesuai dipreskripsikan untuk pesakit yang lemah lembut dan senang di bawa berbincang. 

Anda diluar sana boleh dapatkan remedi-remedi di atas di kaunter-kaunter ubat Homeopathy yang bertauliah. Dapatkan deskripsi ubat dan tanyakan kepada pusat rawatan Homeopathy berhampiran anda. Cuma potensi yang sesuai untuk remedi itu, perlu dapatkan sedikit pandangan para pengamal Homeopathy bertauliah.

Sungguhpun, ubat-ubat Homeopathy tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan komplikasi, anda perlu mendapatkan pandangan dari pengamal-pengamal Homeopathy. Ini dapat membantu proses rawatan anda dengan lebih lancar dan teratur.

Rumusan ubat Homeopathy di pusat rawatan kami memiliki formulasi tersendiri untuk merawat masalah obesiti ini. Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian 0165531496(Dr.(H) Nadzirah cawangan ppr Batu muda .)

0 comments:

Post a Comment

Contact

Terdapat beberapa cawangan di Kampar Perak, Kuala Lumpur dan Selayang. Untuk dapatkan maklumat segera, sila hubungi terus melalui:

Alamat:

A-00-09 Kedai PPR Batu Muda Batu 5 Off Jalan Ipoh 52200 Kuala Lumpur

Gps/Waze:

PPR Batu muda Jalan Ipoh

Waktu Bekerja:

Isnin - Jumaat | 9am - 6pm

Nombor Telefon:

016-5531 496

Email:

ziraprinting@gmail.com