Satu-satunya kaedah rawatan terkini yang menggabungkan semua jenis perubatan moden, tradisional, alternatif, holistik, komplimentari dan sains teori fizik moden dalam usaha menyembuhkan semua jenis penyakit serta mengembalikan kesihatan secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
HOMEOPATHY UNTUK IBU MENGANDUNG.
HOMEOPATHY UNTUK IBU MENGANDUNG.
Ibu mengandung terpaksa mengharungi perubahan fisiologi badan termasuklah perubahan hormon progesteron, menyebabkan perubahan pada fisiologi badan dan juga peredaran darah kerana terdapat keperluan yang meningkat oleh bayi dalam kandungan yang semakin membesar. Perubahan-perubahan ini selalunya datang dengan beberapa ketidakselesaan dan kesakitan menyebabkan para ibu mengambil ubat penahan sakit untuk mengatasinya. namun begitu, Ubat tahan sakit dan beberapa ubatan moden lain mempunyai kesan sampingan kepada ibu dan anak dalam kandungan. Risalah ini akan menerangkan beberapa keadaan yang akan dihadapi oleh ibu mengandung dan bagaimana penawar homeopathy boleh membantunya
KEADAAN EMOSI
Perubahan tahap hormon dalam ibu mengandung pastilah mengganggui emosinya. Ini akan menyebabkan ibu menjadi lebih sensitif, mudah runsing dan juga tertekan.Jika sebarang situasi yang menyebabkan konflik atau mengganggui emosinya, secara fizikal atau mental, sukar bagi ibu mengandung untuk menghadapinya. Orang yang tinggal bersama dengan ibu mengandung seharusnya bersabar dan memberikan sokongan untuk mengurangkan tekanannya, supaya ia kekal gembira dan mendapat rehat yang cukup. ini tidak bermakna ibu hanya baring berehat sepanjang hari, tetapi sebenarnya mereka perlu meneruskan rutin tugasan harian dan sebenarnya ramai ibu mengandung yang mampu meneruskan rutin harinya sepanjang tempoh beliau mengandung.
Penawar homeopathy sebenarnya boleh mengatasi masalah ketidakstabilan hormon. Jika ketidakstabilan ini dibiarkan, ia boleh mengganggu emosi anak dan juga tumbesarannya.
Berikut merupakan sebahagian ubat homeopathy yang boleh membantu para ibu mengawal emosi mereka. tetapi ini tidak bermakna mereka boleh mengambilnya sendiri, tetapi ia menunjukkan bahawa ianya memang boleh dirawat. setiap penawar di bawah juga sesuai untuk masalah fizikal seperti ketidakselesaan perut dan juga loya. itu sebab mengapa anda akan perasan bahawa penawar yang sama berulang untuk sebab yang berbeza.
Ignatia: sesuai untuk ibu yang mengalami kesedihan disebabkan meratapi sesuatu, sering tidak gembira atau menangis teresak-esak, tidak boleh tidur, atau disebabkan meratapi kematian kawan, keadaan mentalnya ialah sedih, meratapi, merasa putus asa, dan histeria
Sepia; ibu tidak mempunyai banyak respon kepada sekitar, sukar untuk meluahkan perasaan, dan juga perangai yang dingin terhadap suami dan anak-anak.
Staphisagra: Tertekan kerana mempunyai suami atau bos yang garang
Pulsatilla: penawar ini bagus untuk ibu yang sering teresak-esak yang sentiasa memerlukan perhatian. emosinya juga turut berubah dengan suhu persekitaran. biasanya dia tidak mampu tahan panas, dan keadaan dirinya sering berubah-ubah!
LOYA DAN MUNTAH
Cuba makan biskut kering sebelum tidur. Elakkan memakan makan berlemak dna berminyak. jika loya semkain teruk sewaktu anda lapar, Makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. beberapa penawar di bawah mungkin dapat membantu.
Pulsatilla: loya menjadi lebih teruk di dalam bilik yang panas, berhabuk, dan menjadi lebih baik di kawasan lapang, dan lebih baik jika berjalan dengan perlahan. anda ketagihkan makanan yang manis berlemak, namun begitu ia akan memburukkan lagi keadaan. anda tidak haus. anda cenderung untuk teresak-esak dengan perubahan mood, dan anda mahukan keselesaan dan sokongan. memakan makanan yang salah akan menyebabkan pening kepala dan sakit di bahagian mata.
Colchicum: anda mudah sensitif dengan bau makanan disekitar, hatta kalau berfikir tentang makanan. rasa loya boleh kekal seharian dan menjadi teruk jika anda bergerak. anda ingin minum minuman berkarbonat. anda selesa baring dalam keadaan membengkokkan lutut, dan jika meluruskan kaki boleh menyebabkan anda berasa loya
Ipecacuanha: loya anda sangat teruk, sehinggakan muntah tidak melegakan rasa loya. air liur akan sentiasa mengalir dan anda akan sentiasa meludah keluar air liur.
Nux vomica: loya anda memang sangat kuat, terutamanya sewaktu bangun pagi, tetapi anda tidak mampu unutk muntah. anda akan berasa sangat lapar tetapi berasa lebih teruk selepas makan, dengan ketidak hadaman dan juga perut berasa kejang. emosi anda mudah terganggu dan sensitif dengan bising dan cahaya
Sepia: loya anda menjadi teruk dengan bau akan berfikir tentang makanan. anda terasa seperti lemas dan ingin jatuh, dan makan hanya boleh menghilangkan rasa itu seketika. anda ketagihkan cuka, jeruk dan juga manisan.
PEDIH ULU HATI ( HEARTBURN)
Pedih ulu hati adalah symptom yang paling kerap berlaku pada ibu mengandung, mungkin disebabkan perubahan hormon yang mengendurkan esophagus (saluran makanan yang menghubungkan tekak dan perut), menyebabkan acid dari perut terpercik ke saluran ini. cuba kurangkan makanan yang pedas dan berminyak, tidur dalam keadaan kepala dan bahu dialas. Tea halia boleh membantu jika anda mengambilnya sebelum makan, berbanding diambil sewaktu mengalami pedih ulu hati. beberapa penawar homeopathy bisa membantu.
Pulsatilla: Pedih ulu hati anda berlaku pada waktu-waktu yang berbeza dan selepas makan apa jua jenis makanan terutamanya yang berminyak. sendawa anda terasa masam dan pahit. perut anda berasa kosong, dengan rasa tidak selesa pada waktu petang, dan kadangkala terasa senak perut. anda akan rasa lega dengan udara segar. (sila lihat ‘Morning sickness’ (ketidakselesaan di waktu pagi), untuk mendapatkan lebih kefahaman)
Carbo vegetalis: pahit, masam, sendawa yang terasa basi, dengan loya dan perut yang kembung adalah perkara yang selalu berlaku, sendawa akan memberikan kelegaan sementara. Keadaan bertambah buruk jika anda mengambil makanan kaya karbohidrat. anda dahagakan udara segar dan mahu selalu membuka tingkap dan kipas berputar. anda akan berasa penat dari segi fizikal dan mental. dan berbaring akan membuatkan penghadaman anda lebih teruk. anda mudah mempunyai tangan yang sejuk dan urat kaki bengkak. (Varicose vein)
BUASIR DAN SEMBELIT
Perubahan hormon akan menyebabkan otot di bahagian punggung mengendur, untuk bersedia untuk bersalin, juga boleh menyebabkan penghadaman menjadi lebih perlahan, sementara kandungan di dalam rahim yang semakin membesar menyebabkan tekanan kepada organ-organ lain dan saluran darah. ini menyebabkan anda mudah terkena sembelit dan buasir. selain daripada banyak minum air dan makan buah-buahan dan sayur-sayuran, beberapa penawar ini mungkin akan membantu anda.
Sepia. Perut anda terasa kembung dan penuh. anda akan selalu berasa ingin membuang air besar yang menyebabkan buasir dan urat bengkak. anda mungkin akan berasa terbeban dan berat di bahagian punggung. anda mungkin akan rasa lesu kesan daripada kelahiranyang lepas dan juga kerja-kerja di rumah. (lihat rasa loya di waktu pagi dan juga sakit belakang untuk keterangan lanjut)
Lycopodium: buasir anda akan meradang, gatal dan sakit apabila disentuh, juga boleh berdarah. najis anda besar, keras, dan sukar untuk dibuang, dan berasa panas di bahagian punggung selepas itu. anda ketagihan sesuatu yang manis, selalu berasa kembung dan kentut, berasa lapar tetapi mudah kenyang. sembelit akan lebih selepas bermusafir. anda mungkin mudah naik angin, suka mengarah dan dominan di rumah.
Hamamelis: ini baik untuk buasir dan berdarah, terkeluar dari dubur, berdenyut-denyut dan gatal. urat bengkak juga akan timbul di perut, kaki di sendi buku lali selepas anda berdiri sepanjang hari. urat bengkak terutamanya lebih teruk dengan kepanasan dan juga mengganggu kemampuan untuk berjalan. anda juga mudah mendapat hidung berdarah.
SAKIT BELAKANG DAN JUGA SAKIT URAT LIGAMEN
Sakit-sakit belakang adalah berpunca daripada tarikan graviti sewaktu berat badan bertambah. Sakit urat ligamen di belakang biasanya sekejap, tajam ataupun sakit yang sengal-sengal yang berpanjangan di celah kelengkang dan di bahagian pusat ke bawah, apabila urat ligamen meregang dan menebal untuk menampung kandungan yang sudah semakin besar. Pastikan anda tidur di atas tilam yang selesa dan memakai kasut tumit rendah yang baik. cuba beberapa penawar ini
Kali carbonicum: anda mempunyai bengkak, sakit yang meleret dengan sakit tajam yang tiba-tiba di belakang, punggung dan peha. sakit di bahagian sendi peha juga adalah kerap. urutan yang kuat boleh melegakan, tetapi selalunya sentuhan menyebabkan ia lebih teruk. anda terlalu sensitif dengan perubahan cuaca, sejuk, dan anda ingin suasana suam tidak terlalu panas. emosi anda mudah tersentuh dan selalu ingin menang.
Belladona; sakit belakang biasanya sekejap-sekejap sahaja. ianya lebih teruk jika anda melambung-lambung sewaktu di dalam kereta atau sewaktu melakukan senaman, dan juga dengan sentuhan. anda akan berasa tidak tenteram. anda juga akan mempunyai wajah yang merah padam, dengan mata yang terbeliak, anda juga akan kepingin minum jus lemon. Belladona sangat berkesan untuk wanita berusia yang mengandung yang mengalami
Sepia: sakit belakang terasa sengal yang berpanjangan di bahagian bawah, lebih teruk di sebelah kiri.anda berasa berat di bahagian punggung seperti isi perut mahu jatuh. anda mungkin tertekan dan mudah sejuk. (sila lihat masalah emosi, loya waktu pagi dan buasir untuk keterangan lanjut)
Bellis perennis: penawar ini mungkin membantu merawat sakit kaki yang merayap ke tapak kaki. ia mungkin menyebabkan anda sukar berjalan, selalunya saat-saat kelahiran anak
SUKAR TIDUR
Sewaktu peringkat awal mengandung, perubahan hormon juga boleh menyebabkan anda sukar tidur. Sewaktu tempoh jangka ketiga anda mengandung, rasa tidak selesa dengan kandungan yang semakin membesar, kerap kencing, rasa gemuruh untuk bersalin menyebabkan anda selalu terjaga. Beberapa penawar ini mungkin membantu anda:
Coffea crudum: anda tidak boleh tidur kerana anda ligat dan seronok, atau anda gemuruh dan sensitif dengan sakit-sakit badan. deria rasa anda sensitif dan mudah terjaga walaupun terdengar bunyi yang sayup. minda anda terlampau aktif dan mimpi anda selalunya jelas. anda cemas, bertenaga, dan akhirnya berasa penat, seperti seorang yang ketagihan kopi. ambil penawar ini sejam sebelum anda masuk ke kamar tidur dan juga apabila anda terjaga di waktu malam.
Aconite: Anda mempunyai ketakutan yang amat, terutamanya berasa akan mati sewaktu melahirkan anak. Resah sewaktu tidur dan mengalami mimpi yang ngeri.
0 comments:
Post a Comment