BALAR / SOPAK (LUCODERMA - VITILIGO)


BALAR / SOPAK (LUCODERMA - VITILIGO)

Menurut kajian terkini masalah ini menyerang 3% populasi. Ini bermakna dalam 100 orang TIGA daripadanya mengidap vitiligo.

Definasi :
Kulit bertukar menjadi putih. Kulit menjadi putih disebabkan oleh kehilangan pigmen dan terjadilah tompok-tompok putih pada kulit kulit.
Ada yang menyerang sehingga kening dan rambut gugur atau menjadi putih dan ada juga yang menyerang tubuh badan dan juga mencerahkan kulit.
Penyakit ini dikenali sebagai autoimmune yang disebabkan oleh antibody tubuh badan pesakit sendiri yang membunuh sel-sel warna pada kulit. Kemungkinan besar punca kehadiran antibody ini daripada faktor genetik iaitu melalui ibubapa atau datuk yang mempunyai DNA yang rosak.

Puncanya :
1.Makanan yang mengandungi toksik dari bahan kimia dalam masa proses menanam. Selain itu penyakit ini juga disebabkan oleh toksin luar yang masuk kedalam badan..
2.Kesan bahan bahan kimia yang diguna di rumah seperti cat dan sebagainya. Jadi bagi segelintir orang yang sensitif dengan toksin/kimia maka tubuhnya mudah terkesan dengan bahan-bahan yang telah dinyatakan diatas.
3.Tanda-tanda disedari dengan kehadiran tompok-tompok putih pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari dan biasa nya kawasan yang terlibat adalah di bahagian tangan,kaki,lengan dan bibir..juga boleh terjadi di ketiak,sekeliling mulut,mata lubang hidung serta organ seks.

Simtom :
Pesakit akan merasa malu dan banyak bersendirian terutama bila terjadikepada kanak-kanak. Tompok-tompok putih kelihatan dimuka,
dilengan dan mungkin keseluruhan tubuh. la tidak merebak secara sentuhan dan tidak menyakitkan.

Rawatan :
Menggunakan cahaya ultra ungu dan mengambil masa sehingga enam bulan penyembuhannya.Ada juga pil bagi untuk mengurangkan pembentukkan antibody. Sokongan moral diperlukan untuk penghidap penyakit seperti ini.

Terdapat beberapa formula homoeopathy yang boleh digunakan untuk kesesuaian.

Tubercose- Digunakan pada peringkat permulaan
Apis Mel - Sesuai bila kulit keputihan dan bertompok-tompok, Mengalami gangguan fikiran dan bersifat kebudakkan, Tompok putih dikelilingi kemerahan.

Arssulpflave
Sesuai diguna dengan potensi rendah,Remedy pilihan utama untuk penyakit ini.

Arsalbum
Ia sesuai jika kulit keputihan dan bengkak.

Boracke
Sesuai diberi kepada pesakit yang kulitnya putih serta tompok merah.

Kalyarb
Jika kulit kelihatan keputihan seperti susu.

Soriums
Sesuai untuk diguna bila tompok-tompok putih dan bulu-bulu romanya juga putih.

0 comments:

Post a Comment

Contact

Terdapat beberapa cawangan di Kampar Perak, Kuala Lumpur dan Selayang. Untuk dapatkan maklumat segera, sila hubungi terus melalui:

Alamat:

A-00-09 Kedai PPR Batu Muda Batu 5 Off Jalan Ipoh 52200 Kuala Lumpur

Gps/Waze:

PPR Batu muda Jalan Ipoh

Waktu Bekerja:

Isnin - Jumaat | 9am - 6pm

Nombor Telefon:

016-5531 496

Email:

ziraprinting@gmail.com